Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Qatar berkata Amerika Syarikat dan Iran masih berhubung serta bertukar mesej ketika usaha pengantaraan bagi mencari penyelesaian konflik diteruskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kata mengesahkan, Amerika Syarikat dan Iran masih bertukar mesej melalui saluran diplomatik ketika usaha pengantaraan untuk menamatkan konflik antara kedua
00:08-dua pihak terus berjalan.
00:09Menurut pengarah media dan komunikasi Kementerian Luar Qatar, Ibrahim Al-Hashimi, hubungan dan lawatan diplomatik masih diteruskan bagi mencapai kemajuan
00:17yang boleh menjadi asas kepada penyelesaian lebih menyeluruh.
00:23Beliau menegaskan usaha pengantaraan antara Washington dan Teheran tidak pernah terhenti walaupun rundingan mengenai penamatan perang berdepan kebuntuan sejak beberapa
00:33bulan lalu.
00:34Katanya perbincangan yang berlangsung merangkumi pelbagai isu yang menjadi kebimbangan kedua-dua pihak.
00:40Qatar bersama Pakistan kini bertindak sebagai pengantara dalam usaha mencari penyelesaian konflik yang bermula pada Februari lalu.
00:47Mengulas isu tiga juruterbang Iran yang dilaporkan berada di Qatar, Al-Hashimi berkata Teheran telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dan
00:56Doha bersedia menerima lawatan wakil Iran untuk meneliti langkah-langkah yang telah diambil.
01:02Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Iran Iskandar Momeni yang sedang melakukan lawatan ke Doha berkata satu delegasi teknikal baru akan
01:09dihantar bagi meneruskan perbincangan mengenai isu berkenaan.
01:13Dalam perkembangan serantau, Qatar menyatakan sokongan terhadap segala inisiatif yang memperkukuh keselamatan dan kestabilan rantau termasuk Pakatan Pertahanan Mekah melibatkan
01:24Turki, Arab Saudi dan Pakistan.
01:26Bagaimanapun, Doha menegaskan masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan Qatar menyertai pakatan tersebut.

Recommended