Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
IMF berpandangan bantuan kewangan bersasar dan bersifat sementara lebih berkesan melindungi isi rumah rentan ketika berlaku lonjakan kos sara hidup, selain membantu kerajaan mengekalkan ruang fiskal untuk menghadapi kejutan ekonomi pada masa depan.
Transcript
00:00Bantuan kewangan yang bersasar dan bersifat sementara dilihat lebih berkesan dalam melindungi isi rumah rentan.
00:06Menurut tabung kewangan antarabangsa, IMF tindakan itu lebih berkesan ketika berlaku lonjakan inflasi berbanding subsidi atau langkah mengegang harga secara
00:15menyeluruh.
00:18Dalam laporan World Economic Outlook Oktober 2026 melalui bab bertajuk Navigating a Shock-Prone World Lessons from Cost of Living
00:27Crisis,
00:28IMF berkata pendekatan itu dapat mengurangkan tekanan kepada isi rumah berpendapatan rendah,
00:34ambil harga makanan, tenaga dan keperluan asas meningkat pada mesasama membantu kerajaan mengekalkan ruang fiskal.
00:42Menurut IMF, bantuan bersasar membolehkan sumber kewangan kerajaan ditumpukan kepada golongan paling memerlukan tanpa mengganggu isyarat harga dalam pasaran.
00:51Sebaliknya, langkah yang menekan atau mengawal harga secara meluas boleh memerlukan antara 3 hingga 22 kali ganda lebih banyak sumber
01:00fiskal,
01:01selain bersikul menjadi kurang berkesan apabila ruang fiskal kerajaan semakin terhad.
01:06IMF turut menekankan bahawa bantuan ketika berlakunya kejutan harga perlu bersifat sementara dan mempunyai tempoh penempatan yang jelas.
01:14Pendekatan itu bertujuan menangani kesan sementara daripada lonjakan harga dan bukan menjadi mekanisme pampasan kekal bila harga telah berubah secara
01:24struktural.
01:24Syur berkenaan dibuat selepas tempoh lima tahun yang menyaksikan kenaikan mendadak harga barangan asas termasuk makanan dan tenaga,
01:33memberi tekanan kepada perbelanjaan isi rumah serta meningkatkan cabaran ekonomi dan sosial di banyak negara.
01:40Krisis kos sara hidup turut dikaitkan dengan penurunan kuasa beli, inflasi serta jangkaan inflasi yang kekal tinggi selain peningkatan ketidaksamaan
01:49dan kemiskinan.
01:50Dalam keadaan ekonomi global yang semakin terdedah kepada pelbagai kejutan, IMF menggesa kerajaan supaya memperkukuh sistem pelindungan sosial sebelum berlakunya
02:00krisis.
02:01Langkah itu dilihat penting bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih pantas dan tepat kepada golongan terjejas,
02:08sambil memastikan kerajaan punyai ruang fiskal mencukupi untuk menghadapi kejutan ekonomi pada masa depan.

Recommended