00:01Kementerian Penggunaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan pengubalan rang undang-undang berkaitan pelindungan
00:12warga emas bagi memperkukuh kebajikan dan melindungi golongan ini daripada pengabayan, perderaan dan juga eksploitasi.
00:20KPWKM menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan input daripada pelbagai pihak menerusi pendekatan whole of government
00:30and whole of society approach dengan izin.
00:32Proses konsultasi yang meluas ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan
00:42ataupun NGO.
00:43Di samping itu, suara rakyat di peringkat akar umbi turut dirundingi menerusi pelaksanaan tinjauan awam bagi memastikan RUU ini mencerminkan
00:54keperluan sebenar masyarakat.
00:57Proses libat urus ini mengambil sedikit masa yang lebih panjang kerana kerajaan komited untuk meneliti pelbagai perkara dan cadangan baharu
01:06yang dikemukakan oleh para pemegang taruh.
01:09Pada masa yang sama, ada juga beberapa pemegang taruh yang terlibat dalam sesi libat urus yang dirujuk dan dirundingi lebih
01:19daripada satu sesi.
01:20Penelitian rapi dan mendalam ini amat penting bagi memastikan RUU yang dihasilkan kelak benar-benar komprehensif, sesuai dengan keperluan semasa
01:31dan yang paling utama boleh dilaksanakan secara teratur.