Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Setahun selepas gempa bumi melanda Kunar, Afghanistan, ratusan keluarga mangsa masih berlindung di penempatan sementara, dengan bantuan kemanusiaan terus diperlukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setahun selepas gempa bumi melanda Kunar, Afghanistan, ratusan keluarga masih berlindung di kemah penempatan sementara kerana belum mempunyai kediaman yang
00:09sesuai.
00:10Keadaan itu disaksikan sendiri Wakil Badan Bukan Kerajaan Malaysia yang mengunjungi kem Andalacat di daerah Cawki Kunar kemarin dalam misi
00:19bantuan kemanusiaan Amal for Afghan.
00:22Menerusi misi yang digerakkan Yayasan Amal Kelantan dengan sokongan kerajaan negeri, 80 keluarga di kem berkenaan menerima pak makanan manakala
00:32200 selimut tebal turut diagihkan kepada mangsa di kem berasingan.
00:36Kem Andalacat yang terletak di kawasan pergudungan itu kini menempatkan 405 keluarga mangsa gempa manakala angka tidak rasmi menunjukkan ribuan
00:45lagi masih berlindung di penempatan sementara di kawasan lain.
00:48Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang berlaku pada awal pagi 1 September tahun lalu mengorbankan lebih 2,200 mangsa.
00:57Selain mencederakan ribuan penduduk, memusnahkan serta merosakkan ribuan kediaman di Kunar, Nenggahar dan Khus.
01:05Kunar yang terletak kira-kira 8 jam perjalanan dari Kabul turut berdepan cabaran pemulihan selepas Afghanistan melalui lebih 4 dekad
01:14konflik.
01:14Selain krisis kemanusiaan dan sekatan ekonomi serta ancaman bencana seperti banjir dan gempa bumi,
01:21keadaan itu menjadikan bantuan kemanusiaan berterusan amat diperlukan bagi membantu keluarga yang masih kehilangan tempat tinggal,
01:29termasuk menerusi misi bantuan dari Malaysia seperti Amal for Afghan.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended