00:00Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 36 lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan dua lapangan terbang utama di Arab Saudi.
00:08Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi, serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Houthi itu berlaku di lapangan terbang antarabangsa
00:16Abha dan lapangan terbang antarabasa King Khaled Tiriyad.
00:21Kumpulan Houthi dari Yemen kemudian mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut menggunakan drone dan peluru berpandu balisti.
00:29Juru cakapnya Yahya Sari berkata lapangan terbang King Khaled menjadi sasaran serangan drone manakala operasi di Abha melibatkan peluru berpandu
00:37balisti dan drone.
00:38Di lapangan terbang antarabangsa Abha, dua penduduk asing iaitu seorang warga Maghribi dan seorang warga Algeria terbunuh manakala 28 orang
00:46lagi cedera.
00:48Mangsa yang cedera termasuk dua warga negara Arab Saudi serta beberapa warga Bangladesh dan Filipina.
00:54Sementara itu di lapangan terbang antarabangsa King Khaled, seorang warga Sudan maut dan lapan orang lagi cedera.
01:01Mangsa yang cedera terdiri daripada lima warga negara Arab Saudi, dua warga Mesir dan seorang warga Pakistan.
01:08Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan manakala serangan teruk menyebabkan kerosakan pada infrastruktur di kedua-dua lapangan
01:16terbang tersebut.
01:18Insiden itu berlaku ketika ketegangan terus memuncak antara kumpulan Houthi dan Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yemen
01:26sejak 2015.
01:27Terima kasih kerana menonton!