00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah susulan keadaan jerubu yang
00:11melanda negara ketika ini.
00:13Berikutan bacaan indeks pencemaran udara, IPU yang berpanjangan antara 150 hingga 180.
00:21Seri Paduka Baginda bertitah. Sekolah di kawasan yang terjejas wajar ditutup.
00:28Sultan Ibrahim bertitah aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan.
00:35Seri Paduka Baginda turut bertitah Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut.
00:43Titah Seri Paduka Baginda langkah sewajarnya perlu diambil kementerian dan agensi terlibat bagi melindungi murid dan pelajar termasuk warga emas
00:50serta pesakit respiratori.
00:53Sultan Ibrahim pada masa sama mengingatkan rakyat supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup
01:02muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerubu.
01:07Pada Khamis, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari atas titah pemangku Sultan Johor, Tungkumah Kota Ismail, susulan
01:15situasi jerubu serta kemerasotan kualiti udara di seluruh negeri itu.
01:22Terima kasih kerana menonton!