Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
All disciplinary action against students for speaking out or expressing criticism has been dropped, says Higher Education Minister Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Speaking in the Dewan Rakyat on Thursday (Oct 8), Zambry said the Universities and University Colleges Act 1971 (Auku) would be repealed in phases, with a proposed One Higher Education Act included in the Malaysian Higher Education Plan 2026-2035.

Read more at https://shorturl.at/lAZwU

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk makluman alih-alih yang berhormat,
00:03Atta University dan College University 1971 atau AUKU
00:08merupakan antara kerangka perundangan utama
00:11yang telah membentuk landscape pendidikan tinggi negara
00:15sejak lebih 5 dekad yang lalu.
00:18AUKU bukan sahaja mengandungi peruntukan berkaitan mahasiswa
00:22tetapi turut menjadi asas perundangan penting
00:26bagi penubuhan dan takbir urus Universiti Awam.
00:32Ia mengandungi sebanyak 44 seksyen di bawahnya.
00:3632 seksyen berkaitan dengan takbir urus
00:41iaitu masuklah tanggungjawab Menteri, KP, Penubuhan dan Perlembagaan Universiti.
00:48Manakala 7 seksyen atau 16% daripadanya
00:53berkaitan dengan mahasiswa, aktiviti persatuan, tanggungan dan juga kuasa batal
01:01dan juga peruntukan tata tertib.
01:04Ia ada satu seksyen berkaitan dengan staf
01:06dan ada 4 seksyen yang berkaitan dengan hal-hal yang lain.
01:10Oleh itu,
01:11pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan secara terancang
01:16dan berfasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelompangan perundangan
01:22yang boleh menjejaskan kesinambungan takbir urus dan pengoperasian Universiti Awam.
01:28Ingin saya menjelaskan perjalanan proses pemansuhan AUKU
01:33dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
01:37sejak pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035
01:43keperluan memperbaharui kerangka perundangan tinggi pendidikan tinggi
01:49telah diberikan perhatian.
01:51Ini termasuk cadangan pembangunan Akta 1 Pendidikan Tinggi
01:57atau One Higher Education Act dengan izin
02:00yang dimasukkan dalam RPTM 2026-2035.
02:05Pada 15 Ogos yang lalu,
02:08Yang amat berhormat Perdana Menteri
02:09telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk memansuhkan AUKU.
02:14Pengumuman ini memberi halat tujuh yang jelas
02:16untuk meneruskan pembaharuan pendidikan tinggi khususnya
02:20dalam memperluas kebebasan mahasiswa.
02:23Dan susulan itu,
02:25Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2026
02:30telah menetapkan bahawa pemansuhan AUKU
02:33perlu dilaksanakan secara tersusun dan menyeluruh.
02:38Ini kerana AUKU turut menjadi asas perundangan
02:42bagi penubuhan, pentadbiran dan takbir urus universiti awam.
02:48Kita perlu memastikan kesenambungan pengoperasian universiti
02:53sepanjang proses peralihan.
02:56Selepas ini, dalam forum Ilmuwan Madani,
02:59pada 26 Ogos,
03:01Yang amat berhormat Perdana Menteri memberikan penegasan
03:03bahawa yang boleh,
03:06langkah yang boleh memperluas kebebasan mahasiswa
03:09perlu dilaksanakan segera
03:11tanpa menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baru selesai.
03:17Menyusuli penegasan tersebut,
03:20KPT telah mengeluarkan kenyataan media
03:22pada 27 Ogos 2026 yang lalu
03:26yang menjelaskan
03:27langkah segera untuk memperluas kebebasan bersuara
03:31dan hak berpersatuan mahasiswa.
03:34Kementerian telah meneliti peruntukan dalam AUKU
03:38serta kaedah-kaedah tata tertib pelajar
03:42yang menghadkan kebebasan tersebut
03:44untuk dikecualikan
03:46daripada pemakaian dalam kerangka perundangan sedia ada.
03:50Langkah ini,
03:51merangkumi kebebasan pengurusan persatuan
03:55dan kelab pengurusan aktiviti pelajar
03:58serta kebebasan bersuara
04:00berhimpun secara aman
04:02menggunakan platform komunikasi
04:05dan mengedar serta menerbitkan dokumen.
04:08Melalui kenyataan tersebut,
04:10KPT turut mengumumkan bahawa
04:13semua proseding tata tertib
04:15berkaitan kebebasan bersuara,
04:18penyataan pandangan,
04:20kritikan awam dan perhimpunan secara aman
04:23di semua universiti awam
04:24hendaklah dihentikan berkuat kuasa serta merta.
04:28Ini merupakan langkah segera yang diambil
04:32sementara pindaan undang-undang
04:34dan pembangunan akta baru diteruskan.
04:39Dalam masa yang sama,
04:40KPT telah mengambil langkah awal
04:42melalui penelitian semula
04:44terhadap peruntukan yang berkaitan dengan mahasiswa
04:48khususnya Seksyen 15 dan Seksyen 16 AUKU.
04:55Tuan Yang Dipertua
04:57Yang Berhormat, ringkaskan jawapan boleh.
05:00Bagi pemansuhan AUKU secara keseluruhannya,
05:03ia akan dilaksanakan dalam konteks pembangunan
05:07kerangka perundangan pendidikan tinggi
05:09yang lebih menyeluruh.
05:11Jadi kita akan mengemukakan penelitian ini
05:17dan akhirnya akan membentangkan nanti
05:19setelah keseluruhan aspek yang berkaitan
05:22dengan perubahan yang berteraskan kepada
05:25akta yang baru yang akan dikemukakan nanti
05:28setelah ianya diselesai.
05:31Dan untuk peringkat ini,
05:32langkah awal ialah untuk
05:34mengubah peruntukan-peruntukan
05:36yang menjadi penghalang kepada kebebasan mahasiswa.
05:40Adakah kerajaan bercadang untuk menggabungkan
05:44atau menyelaraskan akta-akta lain
05:46yang berkaitan dengan pendidikan tinggi
05:48di bawah kerangka Undang-Undang Baru
05:50yang akan menggantikan AUKU 1971?
05:53Dan apakah jaminan kementerian bahawa
05:56kerangka baru ini benar-benar akan memperkukuh
05:59otonomi universiti, kebebasan akademik
06:02serta hak mahasiswa?
06:04Terima kasih.
06:04Jadi kita ada pelbagai akta-akta
06:07yang berdiri secara sendiri.
06:09Maka antara langkah yang akan kita lakukan
06:11bagaimana kita nak menggabungkan ke semua ini
06:14supaya ada hanya One Higher Education Act.
06:17Ini termasuk juga perubahan-perubahan pendidikan tinggi
06:20yang berlaku ketika ini.
06:22Antaranya termasuklah dari segi kedudukan politeknik.
06:26Politeknik tidak boleh disamakan
06:27seperti mana kedudukan politeknik seperti dahulu
06:30kerana perkembangannya yang sedang berlaku
06:32di hadapan kita begitu pantas sekali.
06:34Dan ini antara cadangan yang akan dimasukkan
06:37dalam One Higher Education Act
06:39nanti termasuk dengan melihat keseluruhan
06:42ekosistem pendidikan tinggi
06:44dan institusi-institusi yang berada di dalamnya.
06:47Sebagai contoh, termasuklah
06:49nanti akan ada pra-universiti
06:53yang akan dimasukkan nanti di dalam pendidikan tinggi
06:56yang matrikulasi sebagai contoh.
06:58Dan inilah yang sedang kita rancangkan
07:00supaya nanti apabila kita bentangkan
07:02satu akta baru ini
07:03akan merangkumi semua
07:05untuk 10 tahun, mungkin 20 tahun, 30 tahun akan datang.
07:08Terima kasih.
07:09Saya nak tanya kepada Menteri
07:12KPT telah berjanji untuk
07:14mengadakan libat urus
07:16dengan pelbagai kumpulan
07:18segmen mereka yang terlibat
07:21dengan penggubalan akta ini.
07:23Jadi boleh tak Menteri nyatakan
07:24kumpulan mahasiswa mana,
07:26universiti mana,
07:27ahli akademik mana yang terlibat
07:29dalam menggubalkan rangka undang-undang yang baru itu.
07:32Yang kedua yang bermak Menteri,
07:34Perdana Menteri sering berulang kali
07:37menyebut bahawa mahasiswa bebas
07:39mengkritik kerajaan,
07:41bebas untuk mengkritik beliau sendiri.
07:43Tapi yang menjadi masalah ialah
07:45mahasiswa ini tidak bebas daripada
07:46tindakan pihak universiti,
07:48tindakan daripada pihak HEP khususnya.
07:50Jadi dalam akta baru nanti
07:52apa jaminan Menteri
07:54yang boleh disebutkan awal
07:56bahawa perkara-perkara jaminan tersebut
07:59benar-benar konten neutral
08:01dan mahasiswa yang mengkritik kerajaan
08:03akan mendapat layanan yang sama
08:05dengan mahasiswa yang menyokong kerajaan.
08:07Sekian terima kasih.
08:08Bagi menjawab soalan yang kedua dulu,
08:11itu juga telahpun diambil kira
08:13kalau yang berhormat dengar
08:15apa yang saya jelaskan tadi,
08:17iaitu langkah segera
08:19segala tindakan-tindakan tata tertib
08:22yang telah dilakukan selama ini
08:24digugurkan.
08:26Dan sekiranya ada perkara-perkara serius
08:30yang berkaitan dengan mereka,
08:31maka ianya tertakluk kepada perundangan negara.
08:34Jadi, kerana kita ingin melihat
08:36supaya kekangan-kekangan
08:38terhadap kebebasan mahasiswa itu
08:40dengan alasan-alasan yang diletakkan
08:44dan termasuk juga dari segi peraturan.
08:47Atau satu, tetapi peraturan di universiti,
08:51lagi tata tertib, peraturan-peraturannya
08:53tetapkan di setiap universiti itu.
08:56Kita lihat ada percanggahan,
08:58ada universiti ini boleh buat ini,
09:00yang universiti ini tidak boleh buat itu.
09:02Seluruh aspek itu kita ambil kira
09:05dan kita pastikan supaya
09:06hal-hal yang sedemikian tidak bagus.
09:09Contohnya, yang rabut panjang,
09:11universiti ini boleh,
09:11orang-orang ini tak boleh.
09:13Atau kritikan, tetap di tempat ini boleh,
09:15tempat itu tak boleh.
09:16Jadi, ini perkara-perkara dari segi pelarasan
09:19di peringkat universiti.
09:21Untuk mengetahui yang berhormat.
09:22Bagi menjawab, soalan yang pertama
09:26iaitu dari segi proses libat urus.
09:29Pendirian KPT, kita libatkan semua.
09:32Sama ada mereka sokong,
09:33mereka tidak sokong kerajaan.
09:35Ini termasuklah dengan jawatan kuasa
09:37yang dipengurusikan oleh yang berhormat Indra Makota.
09:40Yang telahpun saya dan rakan-rakan telahpun menghadap mereka.
09:46Baru-baru ini untuk menjelaskan dan kita mengadakan
09:49sesi libat urus yang begitu baik sekali.
09:51Berapa minggu yang lalu di sini.
09:53Jadi, kemikian juga dengan melibatkan kumpulan pelajar.
09:57Kumpulan pelajar, semua kumpulan pelajar.
09:58Kita tidak membezakan kalau sebagai contoh
10:02ada kumpulan pelajar yang mewakili parti yang berhormat
10:05yang berada di dalam barisan mahasiswa itu
10:07kita libatkan semua.
10:08Kerana kita ingin mewujudkan
10:10sebuah akta baru yang benar-benar komprehensif
10:14dengan mendengar segala pandangan yang baik.
10:17Kerana saya yakin setiap daripada kita
10:20mempunyai pandangan-pandangan itu.
10:22Maka pandangan itu kita bawa
10:23dan akan kita selaraskan,
10:25terumuskan dengan sebaik-baiknya
10:27untuk masa depan pendidikan tinggi negara.
10:29Terima kasih.

Recommended