Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Nadi Arena (8/10/2026)
Transcript
00:00Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Dr. Mamat Taufik Johari tidak menolak kemungkinan sambutan Hari Sukanegara di beberapa negeri
00:05akan ditangguhkan jika masalah jerebu melampau pada hari kejadian.
00:10Buat masa ini, pihak berwajib sedang bekerjasama rapat bersama agensi-agensi berkaitan untuk mengambil maklum situasi semasa fenomena jerebu dan
00:17menekankan sambutan HSN akan dilakukan mengikut regulasi keselamatan yang telahpun ditetapkan.
00:27Tetapi kita lihat juga bagaimana kadar cuaca yang akan datang untuk esok hari dan lusa dan sepanjang tiga hari ini.
00:39Dan kita juga mengambil kira di beberapa buah negeri. Kita akan berhubung dengan ekspor negeri, khususnya negeri-negeri di kawasan
00:48negeri selatan seperti Johor
00:50yang menunjukkan IPU yang sangat tinggi dan kita kemungkinan jika perkara tersebut tidak mengizinkan, maka perlu ada penangguhan di kawasan
01:04-kawasan tertentu.
01:05Namun begitu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan jika negeri-negeri yang terlibat itu terpaksa kita tangguhkan.
01:14Taufik ditemui di Majlis Peluncuran Program Realiti Jagoh Rakan Muda Musim Kedua yang akan bermula pada 10 Oktober dengan fokus
01:20terhadap menguji potensi ketahanan dan semangat belia dalam menghadapi laluan berhalangan.
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended