Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Sebanyak 80 peratus daripada 1.14 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Sabah mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000, dengan golongan pekerja sektor tidak formal antara yang berdepan cabaran untuk membuat caruman secara konsisten.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 80% ahli kumpulan wang simpanan pekerja KWSP di Sabah mempunyai simpanan di bawah RM50,000.
00:08Pengarah KWSP wilayah Sabah, Muhammad Fadil Sarihan berkata, keadaan itu menjadi antara cabaran utama dalam memastikan rakyat mempunyai simpanan persaraan
00:19yang mencukupi.
00:21Kerana itulah tadi saya sentuh bahawa kalau kita lihat dari segi statistik kita di Sabah, 80% daripada ahli kita
00:28di Sabah ini simpanan mereka di bawah RM50,000.
00:32Jadi inilah yang agak menjadi cabaran kepada kita di Sabah supaya simpanan mereka ini dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
00:40Dan saya juga ambil kesempatan ini untuk ucap banyak-banyak terima kasih khususnya kepada kerajaan negeri Sabah yang Sabah tahun
00:47membantu kita, KWSP,
00:49yang untuk memastikan bahawa rakyat kita di Sabah ini di mana golongan-golongan tertentu dibantu supaya simpanan mereka di KWSP
00:57sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
01:00Muhammad Fadil berkata, berbeza dengan pekerja sektor formal yang mempunyai caruman bulanan secara konsisten,
01:06golongan sektor tidak formal tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat caruman kepada KWSP.
01:12Menurutnya lagi, persediaan menghadapi persaraan tidak seharusnya dilihat dari sudut kewangan semata-mata,
01:17sebaliknya turut meliputi aspek kesehatan, tempat tinggal dan keperluan harian.
01:22Sehubungan itu, KWSP mahu memperkukuh kerjasama dengan rakan media dan rakan strategik
01:27bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan persediaan persaraan.
01:32Beliau berkata demikian pada program libat urus media negeri dan pihak berkepentingan bersama KWSP pada Rabu.

Recommended