00:00Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemar udara IPU melebihi 180 perlu ditutup
00:09bermula Jumaat ini.
00:11Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Muhammad Azab Mahamad berkata, penutupan itu bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada kesan jerebu terhadap
00:18kesihatan.
00:19Jelasnya KPM menjunjung titah yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menekankan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan susulan
00:30keadaan jerebu.
00:31Menerusi kenyataan pada Khamis, bagi kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari, institusi pendidikan turut diarahkan
00:42ditutup mulai Isnin 12 Oktober.
00:45Sekolah dan institusi bawah KPM yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah PDPR.
00:52KPM berkata sekolah perlu memastikan pembelajaran murid diteruskan mengikut keedah yang sesuai dengan mengambil kira akses dan keperluan murid serta
01:00kesediaan guru.
01:01Dalam tempoh penutupan, guru dan anggota kumpulan pelaksana turut dibenarkan bekerja dari rumah tertakluk kepada pertimbangan Menteri Pendidikan.