00:00Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada Jumaat.
00:10Susulan keadaan jerebu bertambah buruk.
00:13Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di daerah Rompin, Pahang.
00:20Jelas beliau sekolah di negeri dan wilayah lain beroperasi seperti biasa mengikut takwim persekolahan.
00:27Tambahnya lagi, Kementerian Pendidikan Komitet memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah pada masa akan datang dimaklumkan lebih awal agar ibu bapa
00:36dapat membuat persediaan.
00:38Fadlina menegaskan keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid.
00:45Menerusi kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sekolah dan institusi bawah KPM yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari
00:55rumah PDPR.
00:56KPM berkata, sekolah perlu memastikan pembelajaran murid diteruskan mengikut kaedah yang sesuai dengan mengambil kira akses dan keperluan murid serta
01:06kesediaan guru.
01:07Dalam tempoh penutupan, guru dan anggota kumpulan pelaksana turut dibenarkan bekerja dari rumah tertakluk kepada pertimbangan Menteri Pendidikan.
01:17Terima kasih telah menonton!