Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
PH Sabah terbuka dengan cadangan GRS untuk mengambil 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah sebagai asas perbincangan agihan kerusi pada PRU akan datang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan PH Sabah terbuka dengan cadangan gabungan rakyat Sabah GRS untuk mengambil 15 daripada 25 kerusi parlimen di negeri
00:08itu sebagai asas perbincangan agihan kerusi pada PRU akan datang.
00:14Penelusi PH Sabah, Datuk Mustafa Sakmut berkata, perbincangan itu penting bagi memastikan kerjasama sedia ada dapat diteruskan, termasuk usaha pembangunan
00:22di Sabah.
00:24Menurut Mustafa, PH Sabah menghargai kerjasama dengan GRS dan terbuka untuk menilai kekuatan setiap parti di kawasan yang akan dibincangkan.
00:35Beliau berkata PH tidak menetapkan jumlah kerusi tertentu, sebaliknya menghormati pandangan GRS sebelum perbincangan lanjut diadakan.
00:43Kerjasama dengan pihak GRS terutamanya kami amat hargai dan bolehlah dijadikan asas perbincangan itu bahas ratnya tetapi biasanya kita tidak
00:58meletakkan berapa tetapi maksudnya kita menghormati pandangan GRS dan kita boleh berbincang menilai kekuatan parti masing-masing di lokasi tersebut.
01:12Mustafa berkata demikian kepada media selepas penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir Parlimen Sepanggar di Dewan Kampung Rampayan, Sepanggar.
01:21Sebelum ini, GRS menyatakan berdasarkan simulasi keputusan PRN Sabah lalu, gabungan itu secara teorinya berpotensi memenangi antara 14 hingga 15
01:32kerusi Parlimen di Sabah daripada 25 kerusi sedia ada.
01:36GRS terutamanya menyatakan hasrat mendapatkan jumlah kerusi lebih besar bagi memperkukuh suara Sabah di peringkat persekutuan.

Recommended