00:00Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU yang melebihi 180
00:10perlu ditutup bermula Jumaat ini.
00:14Ketua Pengarah Pendidikan, Dato' Muhammad Azam Ahmad berkata, penutupan itu bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada kesan jerebu terhadap
00:22kesihatan.
00:23Jelasnya KPM menjunjung titah yang di Putan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan susulan
00:31keadaan jerebu.
00:33Dan menerusi kenyataan pada Khamis, bagi kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari, institusi pendidikan turut
00:43diarah ditutup mulai Isnin iaitu pada 12 Oktober.
00:47Sekolah dan institusi di bawah KPM yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah atau PDPR.
00:56KPM berkata, sekolah perlu memastikan pembelajaran murid diteruskan mengikut kaedah yang sesuai dengan mengambil kira akses dan keperluan murid serta
01:06kesediaan guru.
01:07Dalam tempoh penutupan, guru dan anggota kumpulan pelaksana turut dibenarkan bekerja dari rumah tertakluk kepada pertimbangan Menteri Pendidikan.
01:17Terima kasih.
01:20Terima kasih kerana menonton!