Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Pengarah dan pengarah urusan sebuah syarikat pembekalan baja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan tender kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), awal tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengarah dan pengarah urusan sebuah syarikat pembekalan baja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan tender kepada Lembaga
00:09Kemajuan Pertanian Muda Mada awal tahun ini.
00:13Kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Fazil Mat Fazilah dan bapanya Mat Fazilah Arifin yang masing-masing berusia 30 serta 66
00:23tahun membuat pengakuan berkenaan dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan berasingan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim N. Priscilla Himalini
00:33di Mahkamah Session Al-Ustah pada Khamis.
00:38Mengikut pertuduhan, Muhammad Fazil yang merupakan pengarah syarikat Tebikul Manufacturing didakwa membeli pernyataan dokumen palsu tentang butiran matan data kewangan
00:47untuk mengelirukan pengurusi jawatan kuasa pembuka tender Mada.
00:50Butiran berkenaan adalah bagi permohonan tender bertajuk membekal, menghantar dan mengedar baja sebetian di bawah skim insentif pengeluaran padi SIPP
01:01di kawasan muda untuk keperluan tanaman padi musim 1 dan 2 tahun 2026.
01:05Dokumen itu mengandungi makluman berkaitan pinjaman tetap yang akan layak diperolehi syarikat berjumlah RM7 juta, surat jaminan kredit berjumlah RM8
01:14juta, serta jaminan insurans yang berjumlah RM15 juta, sedangkan syarikat berkenaan tidak pernah diberi kemudahan berkenaan oleh permodalan Rizda Berhad.
01:25Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Mada, daerah Kota Star, kira-kira 2,5 petang pada 11 Januari 2026.
01:32Muhammad Fazil turut didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Surat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Rizda bertarikh 6 Januari
01:412026 yang dilampirkan dalam permohonan tender sama di lokasi, masa dan tarikh sama.
01:48Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua
01:58kesalahan berkenaan.
01:59Sementara itu, Mahat Fazilah yang merupakan pengarah urusan syarikat didakwa bersubahat bersama Muhammad Fazil memberi pernyataan dokumen palsu tentang butiran
02:08matan data kewangan dan Surat Rizda bertarikh 6 Januari 2026.
02:13Dia didakwa mengikut Seksyen 28 1 C Akta SPRM 2009 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
02:20Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 berserta perjamin ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 1 November 2026 sebagai tarikh sebutan semula
02:29kes.

Recommended