Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Umat Islam diingatkan agar menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, bukan sekadar bacaan dan hafazan. Pada MTHQA ke-66, qariah Malaysia Nur Syakura Mohamad Musa muncul johan kategori tilawah wanita.
Transcript
00:00Kalau umat Islam diingatkan supaya tidak menjadikan Al-Quran sekadar bacaan dan hafazan, sebaliknya menghayati serta mengamalkan sebagai panduan dalam
00:08membentuk pemikiran, nilai, akhlak dan kehidupan seharian.
00:12Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Hassan berkata, hubungan umat Islam dengan Al-Quran tidak seharusnya bersifat
00:19luaran semata-mata kerana tuntutan yang lebih utama adalah menjadikan kitab suci itu sebagai sumber pedoman dalam setiap keputusan dan
00:28tindakan.
00:30Zulkifli berkata Allah SWT menurunkan Al-Quran untuk diselami dasar maknanya, dihayati dan diamalkan tuntutannya serta dijadikan petunjuk dalam setiap
00:42langkah kehidupan.
00:43Dengan kefahaman ini, jelaslah bahawa hubungan kita dengan Al-Quran tidak boleh bersifat luaran atau kosmetik semata-mata.
00:54Memperindah bacaan hanyalah sebahagian kecil daripada tuntutan.
01:02Sedangkan yang lebih utama ialah bagaimana kita mencukupkan diri dengan Al-Quran dari sudut pemikiran, dari sudut nilai dan cara
01:14kita membuat keputusan dalam kehidupan.
01:16Beliau berkata demikian pada majlis penutupan tilawah dan menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa MTHQA ke-66 pada Sabtu.
01:25Menurut Zulkifli, penganjuran MTHQA tahun ini yang bertemakan madani dihayati umah diberkati membawa mesej bahawa keberkatan umah dan kemakmuran negara
01:37tidak dapat dicapai secara sempurna tanpa penerapan nilai Al-Quran dalam kehidupan seharian.
01:43Dalam hari itu, kariah Malaysia Nur Syakura Muhammad Musa muncul johan kategori tilawah Al-Quran bahagian perempuan atau kariah dengan
01:5291.83 markah.
01:55Tempat kedua dimenangi wakil Singapura dengan 91 markah manakala wakil Brunei di tempat ketiga dengan 90.83 markah.
02:02Bagi kategori tilawah Al-Quran lelaki pula, kari dari Indonesia Muhammad Fauji Ridwan muncul johan manakala kari Malaysia Cik Hasnul
02:13Takiuddin Cik Sazali sebagai naib johan dan kari Belgium Brahim Bog Lahab di tempat ketiga.
02:21Seramai 50 peserta dari 38 negara menyertai majlis itu yang terdiri daripada 25 peserta bagi kategori tilawah dan 25 peserta
02:31bagi kategori hafazan Al-Quran.
02:33Terima kasih telah menonton!

Recommended