00:00Peruntukan RM19.1 bilion kepada sektor pendidikan tinggi dalam Belanjawan 2027 dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan bakat, penyelidikan
00:10dan inovasi negara.
00:12Menurut Timbalan Naib Chancellor Al-Hal Ehwal Pelajar dan alumni Universiti Malaysia Terengganu UMT Prof. Dr. Muhammad Izzani Muhammad Zain,
00:20peruntukan itu menjadi pelaburan jangka panjang dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan meningkatkan daya sain negara.
00:28Saya percaya RM19.1 bilion itu sebenarnya bukan perbelanjaan sebenarnya tetapi adalah satu pelaburan kerajaan untuk masa hadapan.
00:37Jadi saya fikir bajet ataupun pelanjawan sektor pendidikan tinggi ini saya jangka akan meningkat dari tahun ke tahun tetapi itu
00:49satu perkara yang sangat munasabah kerana bukan kita bercakap soal melahirkan geraduan semata-mata tetapi kita bercakap soal
00:57soal bakat, soal talent, bagaimana kita nak membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi.
01:05Jelasnya peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi perlu dilihat sebagai usaha memperkasa pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi yang menjadi pemangkin kepada
01:13pertumbuhan ekonomi negara.
01:15Tambahnya universiti tidak lagi berperanan sekadar melahirkan graduan sebab ini menjadi pusat penciptaan ilmu, pembangunan bakat dan penyelidikannya memberi manfaat
01:23kepada negara.
01:2380% daripada program-program akademik kita mesti diterapkan dengan elemen AI dan saya fikir ini satu perkembangan yang penting
01:37untuk kita melihat bagaimana AI itu dapat melonjakkan lagi kualiti program kita supaya dapat memenuhi keperluan industri dan sebagainya.
01:48Beliau menegaskan perkembangan pesat teknologi memerlukan institusi pengajian tinggi bertindak lebih pantas dalam menyesuaikan program akademik dengan keperluan semasa industri.
01:57Tambahnya penguasaan teknologi perlu diimbangi dengan penerapan nilai, jati diri dan karakter bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir malah
02:04mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
02:06Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Sabtu.