• 6 weeks ago
Pentagon dilapor menyediakan pelan serangan intensif selama tiga hari terhadap Iran walaupun Donald Trump berkata tiada tindakan ketenteraan akan diambil sebelum pilihan raya AS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Donald Trump menegaskan Amerika Syarikat tidak akan melancarkan serangan ke atas Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada 3
00:07November ini, walaupun Pentagon dilaporkan menyiap pelbagai pilihan serangan ketenteraan.
00:13Menurut laporan The New York Times, Pentagon telah merangka pelan kempen ketenteraan intensif selama tiga hari yang menyasarkan peluru berpandu,
00:21drone, fasiliti tenaga dan lokasi ketenteraan Iran.
00:28Laporan itu menyebut perancangan berkenaan dibincangkan oleh pegawai keselamatan negara kanan yang diketuai J.D. Vance dalam satu pertemuan di
00:35Camp David minggu lalu.
00:37Antara sasaran yang dikenalpasti termasuk aset peluru berpandu dan drone milik pasukan pengawal revolusi Islam Iran, kemudahan tenaga serta pusat
00:46komando ketenteraan.
00:47Laporan berasingan oleh Asia 10 menyatakan Pentagon telah mengarahkan komando pusat Amerika Syarikat CENTCOM melakukan persiapan untuk kemungkinan menyambung semula
00:57operasi ketenteraan berskala besar terhadap Iran.
01:00Bagaimanapun, tiada tarikh khusus ditetapkan dan Trump dilaporkan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung sebarang tindakan ketenteraan.
01:08Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata Washington dan Tehran kini sedang mengadakan perbincangan yang disifatkannya sebagai produktif.
01:17Laporan turut menyebut tiga kapal Indo Amerika Syarikat dijangka berada di rantau Asia Barat dalam beberapa minggu akan datang sebagai
01:25sebahagian daripada pengukuhan kehadiran ketenteraan negara itu.

Recommended