Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Gabungan pimpinan Arab Saudi memusnahkan 136 sasaran ketenteraan Houthi dalam operasi berskala besar di Yaman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gabungan Tentera Pimpinan Arab Saudi mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan berskala besar terhadap kumpulan Houthi di Yaman.
00:07Menurut jurucakap gabungan, Maj. Gen. Turki Al-Maliki, operasi tersebut menyasarkan pejuang Houthi serta keupayaan ketenteraan mereka.
00:18Beliau berkata sehingga kini sebanyak 136 sasaran ketenteraan di kawasan yang dikuasai Houthi telah dimusnahkan.
00:26Gabungan itu turut memaklumkan bahawa sokongan udara diberikan secara berterusan kepada pasukan kerajaan Yaman yang sedang menjalankan operasi darat.
00:35Tambahnya pasukan gabungan juga sedang menumpukan usaha bagi melumpuhkan dan memusnahkan rangkaian peluru berpandu balistik milik Houthi.
00:43Pengumuman itu dibuat ketika pasukan kerajaan Yaman mempertingkatkan serangan di bawah operasi Fajar Yaman.
00:50Sebelum ini, jurucakap tentera Yaman Brigidia Gen. Maj. Abdullah Al-Nadib berkata,
00:55pasukan kerajaan melancarkan lebih 2,750 serangan ke atas kedudukan Houthi dalam tempoh 24 jam.
01:03Beliau turut mendakwa lebih 1,400 pejuang Houthi berjaya ditumpaskan,
01:08manakala lebih 250 kenderaan dan aset ketenteraan dimusnahkan atau dirosakkan.
01:14Operasi itu bertujuan merampas semula wilayah yang dikuasai Houthi, termasuk ibu negara Yaman Sana'a.
01:20Konflik di Yaman berlarutan sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menawan Sana'a sebelum gabungan pimpinan Arab Saudi campur tangan pada
01:282015
01:29bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Recommended