00:00Kedutaan Besar Malaysia KBM di Riyad menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa
00:08yang dikeluarkan melalui saluran rasmi susulan perkembangan semasa di negara teluk itu.
00:14Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak mengambil dan menyebarkan sebarang gambar atau video
00:23berkaitan insiden keselamatan semasa yang boleh menimbulkan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa.
00:31Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan menyemak status penerbangan secara langsung dengan syarikat penerbangan dan pihak labangan
00:40terbang sebelum melakukan perjalanan.
00:42Ia turut menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat keberadaan mereka
00:51bagi memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan bantuan konsuler sekiranya diperlukan.
00:57Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsuler kecemasan boleh menghubungi talian hotline KBM Riyad.