Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat 10.43 peratus, manakala kes konjunktivitis atau radang mata melonjak 26.47 peratus berdasarkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu melalui 78 fasiliti kesihatan terpilih Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.
Transcript
00:00Kita ke laporan seterusnya berkaitan dengan kes jangkitan saluran penafasan atas meningkat 10.43%
00:07manakala kes konjektivitis atau radang mata melonjak 26.47%
00:13berdasarkan pemantauan penyakit berkaitan jerbu melalui 78 fasiliti kesihatan terpilih
00:18Kementerian Kesihatan KKM di seluruh negara.
00:22KKM memaklumkan kes jangkitan saluran penafasan atas meningkat daripada 3,509 kes
00:27pada minggu epidemiologi 39 kepada 3,875 kes pada minggu 40 iaitu peningkatan sebanyak 10.43%
00:41Menurut KKM, kes konjektivitis pula meningkat daripada 102 kepada 129 kes bagi tempoh sama
00:49manakala kes asma menunjukkan penurunan sebanyak 13.64% daripada 535
00:56kepada 462 kes.
01:00KKM terus memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerbu memandangkan pendedahan kepada udara tercumar
01:06boleh menjejaskan kesihatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil
01:13serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung.
01:17KKM terus mengambil maklum situasi jerbu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini
01:22dengan lebih 25 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan bacaan indeks pencemar udara
01:28IPU pada tahap tidak sihat iaitu 101 hingga 200 melibatkan 8 negeri dan 2 wilayah perseketuan.
01:37Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai khususnya mereka yang berada di kawasan
01:42dengan bacaan IPU tidak sihat supaya mengambil langkah pencegahan
01:46antaranya mengelak atau menangguhkan aktiviti di luar bangunan.
01:51Orang ramai turut dinasihatkan menggunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95
01:56jika perlu berada di luar dalam keadaan berjerebu.
01:59terima kasih telah menonton!
02:00Terima kasih telah menonton!
02:01Terima kasih kerana menonton!

Recommended