Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari indonesia, jumhur hidayat, bagi menawarkan sokongan serta menghargai usaha negara itu membendung kebakaran hutan.

Katanya,Singapura mengiktiraf usaha yang sedang dilaksanakan indonesia dan bersedia memberikan bantuan bagi menyokong usaha memadam kebakaran hutan.
Transcript
00:00Singapura bersedia menawarkan sokongan dan menghargai usaha negara itu membendung kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
00:07Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Singapura, Grace Fu berkata,
00:11beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia, Jumhur Hidayat berhubung persediaan atau kesediaan itu.
00:18Malah Fu turut memaklumkan Singapura menyokong kerjasama serantau bagi menangani isu jerebu.
00:23Grace berkata, Singapura mengiktiraf usaha yang sedang dilaksanakan Indonesia dan sedia memberikan bantuan bagi menyokong usaha memadam kebakaran hutan.
00:33Beliau turut menjelaskan, fenomena El Niño menyebabkan keadaan cuaca kering di rantau ini sekaligus menyukarkan usaha memadam kebakaran.
00:42Sementara itu, Indonesia mempergiat usaha membendung kebakaran hutan dan tanah,
00:46termasuk menggantung operasi 57 syarikat selepas pemeriksaan menemukan lebih 34,000 hektare tanah terbakar dalam kawasan masing-masing.
00:56Malaysia juga menawarkan bantuan berupa pesawat, helikopter dan anggota bagi menyokong usaha memadam kebakaran.
01:02Terima kasih kerana menonton!

Recommended