Skip to playerSkip to main content
Belanjawan 2027: Cuti bersalin diharap tingkat kadar kelahiran penduduk

Pelanjutan cuti bersalin yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 diharap dapat membantu meningkatkan kadar kelahiran penduduk, khususnya di Perak yang berdepan cabaran populasi menua.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kemudahan itu dapat memberi ruang kepada ibu untuk pulih selepas bersalin selain menyesuaikan diri dengan tanggungjawab menjaga anak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799871/khas/belanjawan/belanjawan-2027-cuti-bersalin-diharap-tingkat-kadar-kelahiran-penduduk

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #cutibersalin

Category

🗞
News
Transcript
00:00Alhamdulillah semalam sewaktu pembentangan bajet saya melihat boleh dikatakan hampir mencakupi semua portfolio di bawah tanggungjawab saya lah.
00:10Sama ada wanita, keluarga, usahawan dan juga kooperasi.
00:16Dan saya mengharapkan agar yang pertamanya perkara itu benar-benar sampai lah ke kumpulan sasar
00:24dan setiap daripada individu yang terlibat merebut peluang untuk mengambil manfaat yang ditawarkan oleh kerajaan melalui bajet yang dibentangkan semalam.
00:34Jadi kita dapat lihat dari segi di-highlightkan soal ekonomi penjagaan.
00:40Yang sekarang ini memang menjadi keutamaan itu, utamanya di negeri Perak lah.
00:44Soal ekonomi penjagaan, soal cuti kepada wanita bersalin, usahawan PMKS, tambahan kepada kooperasi.
00:53Semua itu akan memberi impak yang baik lah sekiranya ia benar-benar dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.
01:01Setidak-tidaknya saya melihat sekarang situasi kebanyakan ibu-ibu muda sekiranya cuti, orang kata terhad kan.
01:11Soal mereka nak mencari penjaga kepada anak, soal bagaimana nak recover balik.
01:16Jadi setidak-tidaknya peluang itu boleh memberi ruang kepada wanita-wanita dan yang lebih pentingnya ialah fatality rate kita sekarang
01:25makin down.
01:26Kan? Setidak-tidaknya tawaran itu mungkin memberi rangsangan untuk menambahkan ahli keluarga wanita-wanita.
01:35Sebab kita nampak benda ini agak serius eh. Fatality rate kita lebih kurang 1.6 untuk perak pun tak sampai
01:422.
01:43Maknanya keadaan kelahiran satu family baru tak sampai 2 orang.
01:47Sedangkan kita menghadapi isu negeri menua ataupun aging population.
01:52Jadi mungkin itu juga sedikit sebanyak boleh membantu lah.

Recommended