00:00Terima kasih yang berhormat pokok sena, Tan Sri Datuk yang dipertua, Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, telah
00:09menyediakan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2026 untuk tujuan penyelenggaraan dan daik taraf institusi pendidikan Islam yang berdaftar di
00:22seluruh negara termasuk sekolah agama rakyat.
00:24Peruntukan ini tidak disalurkan secara otomatik kepada setiap institusi, sebaliknya institusi yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan ini perlulah mengemukakan permohonan
00:36kepada JAKIM melalui saluran yang telah disediakan dengan kerjasama pemegang taruh di peringkat negeri tertakluk kepada syarat, skop kerja, keutamaan
00:47dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
00:50Untuk maklumat ahli yang berhormat, sehingga 30 April 2026, JAKIM telah mengagihkan RM22,501,000 kepada 309 buah institusi pendidikan
01:05Islam termasuk sekolah agama rakyat.
01:09Bermula Mei 2026, pelaksanaan peruntukan khas ini telah diselaraskan melalui unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ICU JPM dan urusan
01:21agihan masih dan terus berjalan sehingga ke hari ini secara berperingkat.
01:26Dalam hal ini, JAKIM dan ICU JPM telah melaksanakan proses semakan, verifikasi dan kelulusan projek mengikut tempoh pelaksanaan masing-masing
01:38bagi memastikan setiap peruntukan diurus secara teratur, tersusun, telus dan bersasar khususnya bagi kerja-kerja yang melibatkan aspek keselamatan, keselesaan
01:52dan keperluan asas pembelajaran.
01:54Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Ahmad Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan
02:04dan perhatian dalam membangun dan memperkasa institusi pendidikan Islam di seluruh negara.
02:11Melalui perbelanjaan 2027 yang dibentangkan pada 9 Oktober 2026 baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi sekolah
02:23agama rakyat, institusi tafiz dan sekolah pondok di bawah JAKIM.
02:28Dan Alhamdulillah, skop peruntukan ini turut diperluaskan untuk meliputi bantuan operasi institusi selain daripada kerja-kerja menyelenggara dan naik taraf.
02:40InsyaAllah, kerajaan akan terus beriltizam untuk memastikan setiap peruntukan yang disediakan dimanfaatkan secara optimum,
02:47agar institusi pendidikan Islam ini terus berdaya maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti.