00:02Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan dapat memperkukuh produktiviti serta membolehkan syarikat menyalurkan sebahagian hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan
00:13gaji.
00:14Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, usaha meningkatkan produktiviti bagi menyokong kenaikan gaji perlu melibatkan keupayaan pekerja dan juga
00:24majikan.
00:26Menurutnya, penggunaan teknologi dan pembiayaan bagi meningkatkan skala syarikat antara kaedah memperkukuh keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:36Beliau berkata, apabila perniagaan berkembang secara lebih baik dan menyeluruh, majikan akan lebih berupaya mengembalikan sebahagian hasil pertumbuhan kepada pekerja.
00:44Bagi sektor pembuatan, Akmal Nasrullah berkata, industri perlu bergerak ke arah penggunaan teknologi secara lebih meluas dan tidak terus bergantung
00:53kepada tenaga buruh berkos rendah termasuk pekerja asing.
00:56Usaha itu selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-13 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing daripada 15% kepada 10
01:04% menjelang akhir tempoh rancangan berkenaan.
01:08Beliau turut menggalakkan penggunaan mesin dan peralatan cekap tenaga bagi membantu syarikat mengurangkan kos operasi.
01:14Terima kasih kerana menonton!