Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjala ikan di sungai Kampung Rajunah, Kota Belud.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang warga emas ditemukan menenggal dunia dipercayai lemas ketika menjala ikan di sungai kampung Rajunah, Kota Belut pada Selasa.
00:09Mangsa Togoi Tawan, 70 tahun, ditemukan orang awam kira-kira 7.30 pagi selepas dilaporkan hilang sejak petang Isnin.
00:19Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Kota Belut, LG Bakok berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 10.54
00:27malam Isnin berhubung kehilangan mangsa.
00:30Berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 5.30 petang dengan membawa jala untuk menangkap ikan
00:36di sungai berhampiran.
00:38Seramai lapan anggota bomber digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang tebing sungai.
00:44Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 12.20 tengah malam berikutan keadaan gelap setiap tiada petunjuk ditemukan.
00:52Ketika pasukan bomber kembali ke lokasi pagi semalam, mangsa dilaporkan telah ditemukan oleh orang awam.
00:57Menurut LG, jala ikan ditemukan tersangkut pada badan mangsa dan dia dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti menjala.
01:05Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
01:13Operasi yang turut dibantu dua anggota polis ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.45 pagi.

Recommended