Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kementerian Pendidikan (KPM) telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk melantik 317 orang calon guru simpanan bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan guru seluruh negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP untuk melantik 317 orang calon guru simpanan bagi mengisi pelbagai
00:11kekosongan jawatan guru seluruh negara.
00:14Di malam Menteri Pendidikan Wong Kahwah berkata, permohonan yang dibuat pada September 2026 itu membabitkan sebahagian daripada 880 bagi calon
00:24guru simpanan yang masih menunggu tawaran.
00:27Daripada 4,417 orang calon guru simpanan ambilan tahun 2025, seramai 3,537 orang telahpun ditawarkan pelantikan sebagai guru di
00:44Sekolah Kementerian Pendidikan.
00:46Angka ini termasuk 114 orang calon anak Sarawak.
00:51Penempatan guru baru bersama graduan Institut Pendidikan Guru IPG pada 30 September lepas telah meningkatkan kadar pengisian guru di Sarawak
01:01kepada 98.84% secara keseluruhan,
01:06merangkumi 98.61% di Sekolah Menengah dan 98.98% di Sekolah Rendah.
01:13Sehingga kini, Sarawak merekodkan 500 kekosongan jawatan guru merangkumi 224 kekosongan di Sekolah Menengah dan 276 kekosongan di Sekolah Rendah.
01:23Bagi Sekolah Menengah, kekosongan itu antaranya melibatkan opsi mata pelajaran reka bentuk dan teknologi RPT serta sains,
01:31manakala di Sekolah Rendah, jawatan kosong mencatatkan angka lebih tinggi bagi opsi matematik, muzik serta guru bimbingan dan kaunseling.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended