00:00Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan untuk menerima dokumen pendaftaran pelarian DPP bagi mengelakkan sistem pendaftaran
00:12itu, dijadikan faktor penarik kemasukan warga asing baharu.
00:16Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan bagi pemberian DPP hanya terhad kepada pelarian sedia ada yang
00:25telah berada di negara ini sebelum atau sehingga tarikh perkenaan.
00:30Kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran, cut off date kita iaitu Januari 2023, Mac 2023 masa kita umumkan mana
00:42-mana yang masuk selepas itu mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP.
00:50Kita proses yang sedia ada, jadi pool factor macam yang disampaikan oleh yang berhormat. Sudah barang pasti, keduanya akan berlaku.
00:57Menerusi pelaksanaan DPP katanya, KDN menjalankan proses pendataan secara menyeluruh, merangkumi pendaftaran maklumat peribadi, saringan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia
01:09PDRM dan Jabatan Imigresin serta pengambilan data biometrik.
01:13Saifuddin Nasution berkata, sasaran pendataan tahun ini melibatkan kira-kira 4,000 pelarian di Dipo Tahanan Imigresin DTI untuk DPP
01:22fasa pertama yang bermula Januari tahun ini dan 2,000 di luar Dipo sebelum ditingkatkan kepada 20,000 orang pada
01:31tahun hadapan.
01:31Proses pendataan itu bukan bermula dalam keadaan vakum kerana KDN kini memegang kira-kira 30,000 data pelarian yang lengkap
01:40dengan nama serta maklumat majikan hasil pelaksanaan fasa awal yang dimulakan pertabiran sebelum ini.
01:46Terima kasih kerana menonton!