Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Penggubalan undang-undang baharu bagi membanteras amalan lesen “Alibaba”, isu diplomatik Gaza dan nasib projek perumahan terbengkalai dijangka menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:02Penggubalan undang-undang baharu bagi membantras amalan lesen Alibaba, isu diplomatik Gaza dan nasib projek perumahan terbengkalai dijangka menjadi tumpuan
00:11utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:14Menurut Aturan Ulusan Misyarat Dewan Rakyat, Syarizan Johan Pej Bangi meminta Menteri Ekonomi menyatakan status penggubalan akta anti pencarian sewa
00:23serta garis masa pembentangannya di Parlimen bagi membantras masalah lesen Alibaba.
00:30Isu konflik Asia Barat turut menjadi tumpuan apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman, PN6, mengemukakan soalan kepada Menteri Luar Negeri berhubung langkah
00:38diplomatik Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam OIC bagi memastikan genjatan senjata dan bantuan kemanusiaan
00:47ke Gaza diteruskan.
00:48Turut mencuri perhatian ialah nasib 1,120 unit kediaman projek residensi wilayah Pangsepuri, Salat Selatan apabila Feng Kui Lun PH
00:57Bukit Bintang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT menjelaskan pelan penyelamatan termasuk cadangan melantik pemaju penyelamat sekiranya skim pengaturan
01:07gagal.
01:08Selain itu, soalan berhubung isu persediaan pelan peralihan tenaga kerja ekoran ancaman kecerdasan buatan AI turut dibangkitkan Jimmy Puah Wiese,
01:17PH Tebrau, manakala Suhaizan Kayat, PH Pulai bertanyakan soalan berkaitan isu median, gaji dan graduan bekerja di bawah kelayakan akademik.
01:26Agenda lain turut dibincangkan merangkumi haletuju tabung pahlawan apabila Nordian Ahmad Israel, PN Lumut, meminta penyelamatan menjelaskan transformasi tabung itu,
01:36penyaluran bantuan Sekolah Agama Rakyat 2006 oleh Dato' Ahmad Sa'ad Elias Yahya, PN Pokok Sena, serta isu kos input
01:43pertanian dan kebakaran belukar di Pulau Brut, Sarawak yang dibangkit oleh Sabri Azid, PN Jerai.
01:50Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan usul melantik Ahli Parlimen bagi menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen yang
01:59akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.
02:01Berdasarkan usul berkenaan, dua Ahli Parlimen Kerajaan, Ram Kapal Singh, PH Bukit Gelugur dan Datuk Sri Hasni Mohamad, BN Simpang
02:08Renggam, serta Ahli Parlimen Pembangkang, Datuk Sri Dr. Ronald Kiandi, PN Beloran dan Datuk Sri Takyudin Hassan, PN Kota Baru,
02:15akan dinamakan untuk menganggotai Majlis itu selaras dengan Seksyen 3,
02:19Kurungan 2, Kurungan F, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.
02:24Sidang Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar, Susulan Pembentangan Belanjawan 2027
02:32oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada Jumat lepas.
02:37Berdasarkan Tawim, Mesyuarat Ketiga Penggal kelima Parlimen kelima belas Perbahasan Belanjawan 2027 pada peringkat dasar berlangsung dari 12 hingga 22
02:46Oktober, sebelum sesi penggulungan oleh Menteri Berkaitan selama empat hari bermula 26 Oktober.
02:53Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember.

Recommended