Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Polis telah mengenal pasti sindiket dan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tangkapan serta rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos awal bulan ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis telah mengenalpasti sindiket dan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tangkapan serta rampasan dadah di lapangan terbang-terbangsa
00:10Luang Prabang, Laos pada awal bulan ini.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik, JSJM BKAMAN, Datuk Husin Omar Han berkata,
00:18Siasatan telah setakat ini merakamkan keterangan beberapa saksi termasuk seorang warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi urusan penyewaan pesawat
00:27berkenaan.
00:30Beliau berkata pesawat itu disewa oleh seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun yang dikenalpasti sebagai bekas juruterbang dan mempunyai
00:39rekod kesalahan dadah di negara asalnya.
00:42Siasatan telah mendedahkan penglibatan seorang wanita warga Filipina berusia 51 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penyelaras sindiket berkenaan.
00:51Husin berkata kes itu kini dikendalikan oleh unit siasatan khas JSJM di bawah Seksyen 34 dan Seksyen 39B Akta Dadah
01:00Berbahaya 1952 berkaitan persubahatan atau persediaan di Malaysia bagi kesalahan pengidaran dadah di luar negara.
01:08Beliau berkata JSJM turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Luar serta Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina PDEA bagi mendapatkan maklumat lanjut
01:18serta membantu sesatan kes berkenaan.
01:21Menurut Husin, JSJM kekal komited dalam usaha memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.
01:28Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menghubungi talian hotline JSJM di 012-208-7222.
01:38Pada 1 Oktober lepas, polis Lau merampas 521 kilogram kristal metafitamin dalam sebuah jet pesendirian Learjet yang tiba dari Subang.
01:49Susulan kejadian itu, 13 individu termasuk warga negara Malaysia, Singapura dan Filipina ditahan oleh pihak berkuasa Lau bagi membantu sesatan
01:57kes penyudupan dadah rentas negara berkenaan.
02:00Pada 7 Oktober, polis menahan seorang lelaki tempatan yang juga pemilik jet peribadi terbabit dalam serbuan di lapangan terbang antarabangsa
02:07Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Recommended