00:00Jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah keutamaan Indonesia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sehari.
00:11Daripada 238 kepada 542, Kementerian Perhutanan Indonesia memaklumkan sebanyak 1,085 titik panas dikesan di seluruh negara setakat jam 9
00:25malam Isnen berdasarkan pemantauan satelit.
00:30Kalimantan Tengah mencatatkan jumlah titik panas tertinggi dalam kalangan enam wilayah itu iaitu 227 kawasan panas berbanding 74 pada sehari
00:41sebelumnya.
00:42Ia diikuti Sumatera Selatan dengan 147 titik panas dan Kalimantan Selatan 113 titik panas.
00:51Operasi pemadaman diteruskan di Sumatera dan Kalimantan.
00:54Kementerian itu turut memberi amaran api boleh merebak di bawah permukaan tanah gambut walaupun nyalaan api di permukaan tidak lagi
01:02kelihatan.
01:03Sementara itu, Jerebu turut menjejaskan operasi penerbangan di timur Indonesia.
01:08Apabila tujuh penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Sultan Hassanuddin Makassar dibatalkan pada Isnen melibatkan lebih seribu penumpang.