00:00Gabungan Tentera Pimpinan Arab Saudi memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan enam peluru berpandu dan drone yang dilancarkan kumpulan Houthi ke
00:08arah Arab Saudi.
00:09Menurut Jurucakap Gabungan Turki Al-Maliki, Pasukan Pertahanan berjaya memintas sebuti peluru berpandu yang menuju ke Harath dan satu lagi
00:18ke Dharan.
00:21Gabungan itu memaklumkan serpihan hasil pemintasan turut dilaporkan jatuh di kawasan perumahan di Dharan dan pihak berkuasa sedang menjalankan tindakan
00:29susulan di lokasi berkenaan.
00:32Dalam insiden berasingan, gabungan tersebut turut berjaya memintas tiga peluru berpandu krus dan dua drone yang menyasarkan kawasan Riyad dan
00:39Selatan Arab Saudi.
00:41Sebelum itu, tiga drone turut dipintas dan dimusnahkan di utara ibu negara Arab Saudi.
00:46Pihak Pertahanan Awam Arab Saudi terlebih dahulu mengeluarkan amaran berhubung potensi ancaman di wilayah Timur dan Riyad sebelum mengesahkan keadaan
00:55kemudiannya kembali selamat.
00:57Setakat ini, tiada maklumat dikeluarkan mengenai sebarang korban jiwa atau kerosakan akibat serangan terbaru itu.