00:00Seterusnya, pemandu kereta elektrik jenis BYD Seal yang terbabit dalam nahas membabitkan enam kenderaan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan
00:08berusia lima tahun di Jalan Kucing Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Magistret Trafik Jalan Duta
00:15hari ini.
00:16Raven Goh berusia 24 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Alia Anwar.
00:25Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyebabkan kematian Asyam Mohd Syahir akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
00:32Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkuatan Jalan 1987 dan memperuntukkan hukuman penjara antara 2 hingga 10 tahun, denda
00:42RM5,000 hingga RM20,000 serta hilang kelaikan membangunan lesi memandu sekurang-kurangnya tiga tahun jika sabit kesalahan.
00:48Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara melulu dan membahayakan orang awam mengikut Seksyen 42-1 Akta Sama yang membawa
00:57hukuman penjara maksimum 5 tahun, denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelaikan membangunan lesi memandu sekurang-kurangnya dua
01:04tahun.
01:05Dia terus mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ketiga iaitu gagal memberhentikan kenderaan selepas kemalangan mengikut Seksyen 52-1 Akta Berkenaan
01:14yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
01:18Timbalan pendakwa raya memohon jaminan sebanyak RM50,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan serta memohon lesi memandu tertuduh digantung sementara dan
01:27pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
01:29Bagaimanapun, mahkamah menetapkan jaminan RM36,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
01:35Magistri terus memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan lesi memandunya digantung sehingga kes selesai.
01:42Mahkamah menetapkan 19 November ini untuk pengurusan kes.
01:46Terima kasih.
01:46Terima kasih.
01:48Terima kasih.