Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lonjakan harga bahan api global susulan krisis geopolitik di Asia Barat, cuaca panas berpanjangan dan pengurangan kapasiti penjanaan beberapa loji jana kuasa dikenal pasti antara faktor yang mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Memangnya terdapat beberapa faktor yang mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung.
00:07Antaranya adalah, pertamanya, lonjakan harga bahan api di pasaran global akibat krisis geopolitik di Asia Barat.
00:15Lonjakan harga bahan api dunia ini berkait rapat dengan krisis geopolitik di Asia Barat,
00:21khususnya gangguan keselamatan di selat humus yang menjadi antara laluan tenaga paling penting di dunia.
00:27Selat ini menampung kira-kira 20% perdagangan minyak mentah dan gas asli cercai global
00:34serta merupakan laluan utama bagi 40% bahan api untuk kegunaan Malaysia.
00:40Hal ini mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan aram batu bagi suku kedua dan ketiga 2026
00:47melonjak jauh melangkaui harga asas yang telah ditetapkan semasa penetapan tarif asas di bawah kerangka
00:54Incentive Based Regulation ataupun BIBR bagi tempoh kawas liar keempat, regulatory period keempat,
01:032025 hingga 2027.
01:07Berdasarkan mekanisme sedia ada, sebarang perubahan kos bahan api ini diselaraskan pada pengguna
01:15melalui pelarasan kos bahan api secara otomatik ataupun automatic fuel adjustment, AFAR.
01:22AFAR merupakan kaedah pelarasan kos yang mencerminkan harga pasaran global bagi bahan api,
01:30penjanaan elektrik dan dikemaskini pada setiap bulan.
01:33Secara asasnya pengguna akan menempati rebate sekiranya kos penjanaan sebenar adalah lebih rendah
01:40berbanding unjuran harga bahan api asas yang ditetapkan dalam RP4
01:44manakala search charge hanya dikenalkan sekiranya kos penjanaan melebihi unjuran tersebut.
01:50Dan namun begitu lonjakan harga bahan api telah menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik di semenjung
01:55dan diterjemahkan pada keadaan search charge AFAR dalam bil elektrik pengguna.
02:02Yang kedua, keadaan cuaca panas berpanjangan.
02:05Akibat keadaan cuaca panas persekitaran semasa yang lebih panas dan berpanjangan,
02:11kekerapan dan tepuh penggunaan peralatan elektrik yang berkapasiti besar,
02:14khususnya penyaman udara, telah meningkat secara mendadak.
02:19Jumlah penggunaan elektrik yang tinggi inilah yang menjadi antara faktor penyumbang
02:22pada peningkatan bil elektrik pengguna.
02:24Yang ketiga, pengurangan kapasiti penjanaan sebahagian logi jana kuasa.
02:29Pada masalah yang sama, faktor lain seperti pengurangan penjanaan daripada sumber hydro
02:34disebabkan oleh keadaan cuaca panas berpanjangan serta henti tugas berjadual
02:40di logi jana kuasa arang batu juga mengakibatkan kebergantungan operasi yang lebih tinggi
02:45kepada penggunaan gas asli cercai yang diimport.
02:49Oleh itu, kos pembelian bahan api bagi penjanaan elektrik
02:52yang terpaksa ditanggung semasa krisis adalah lebih tinggi
02:56daripada kos yang diunjurkan di dalam tempoh RP4.

Recommended