00:01Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan rakan kemerusahaannya menyalurkan bantuan kepada penduduk Ukraine
00:06selepas serangan semalaman menyebabkan 600,000 orang terputus bekalan elektrik dan air di beberapa kawasan di Kiev.
00:14Timbalan Jurucak PBB Farhan Haq berkata, bantuan diberikan bersama pihak berkuasa tempatan
00:19termasuk bahan pembaikan kecemasan, pakaian panas, makanan dan bantuan tunai.
00:26Menurutnya serangan berkenaan turut mengorbankan dan mencerdurakan orang awam.
00:31Ketiga-tiga loji utama pembekalan haba dan tenaga di Ibu Negara Ukraine itu diserang.
00:36Kemudahan tenaga di wilayah sekitar Kiev dan Kharkiv turut menjadi sasaran, sekaligus menjejaskan perkhidmatan asas.
00:44Serangan drone di Rivne dan Volin, dua wilayah yang sebelum ini kurang terjejas akibat pertempuran,
00:50turut mengorbankan dan mencerdurakan orang awam.
00:52Serangan itu juga merosakkan sebuah universiti, pusat beli belah dan bangunan kediaman.
00:58Korban awam turut dilaporkan di Dnipro, Zaporizhia, Kharkiv, Kemalnitski, Lviv, Keroson dan Sumi.
01:06Dalam serangan berasingan di Slovians pada selasa, tiga petugas bantuan Persatuan Palang Merah Ukraine cedera,
01:13manakala premis pertubuhan itu turut rosak.