Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
LKIM memaklumkan jerebu tidak menjejaskan aktiviti penangkapan ikan dan bekalan hasil laut, namun nelayan diingatkan agar mengutamakan keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jerebu yang melanda negara ketika ini belum menjejaskan aktiviti penangkapan ikan dan bekalan hasil laut di pasaran.
00:06Menurut Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM, Datuk Dr. Abdul Salim Tajuddin,
00:12keadaan jerebu di kawasan utara masih terkawal dan tidak menimbulkan gangguan ketara kepada aktiviti nelayan.
00:19Bagaimanapun, beliau menasihatkan nelayan khususnya di kawasan selatan agar lebih berhati-hati sekiranya jarak perlihatan terjejas akibat jerebu.
00:27Jelasnya nelayan disarankan untuk menangguhkan aktiviti ke laut sekiranya keadaan menjadi berisiko demi menjamin keselamatan mereka.
00:35Beliau turut mengiakkan nelayan supaya memastikan jaket keselamatan dan peralatan keselamatan lain sentiasa dibawa dan digunakan ketika berada di laut.
00:44Dalam masa sama, Abdul Salim berkata, setakat ini bekalan ikan masih mencukupi dan tiada isu kekurangan bekalan dilaporkan di pasaran.

Recommended