Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dua kapal kontena berdaftar di Singapura terkena tembakan projektil di Selat Hormuz, manakala sebuah daripadanya tenggelam.

Category

🗞
News
Transcript
00:05Dua kapal kontena berdaftar di Singapura dilaporkan terkena tembakan projek TAL yang belum dikenalpasti ketika melalui selat horbus pada 13
00:14dan 14 Oktober.
00:15Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura MPA maklumkan salah satu kapal terbabit GFS Sprite tenggelam selepas mengalami kerosakan dan kebakaran.
00:26Bagaimanapun, kesemua 21 anak kapal berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke lokasi selamat.
00:32Sebuah lagi kapal GFS G-Sail turut mengalami kerosakan pada bahagian badan kapal akibat insiden berkenaan.
00:40Namun kapal itu berjaya meneruskan pelayaran menggunakan enjin sendiri dan kini berada di kawasan berlabuh yang selamat.
00:46Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 22 anak kapal di atas GFS G-Sail dan tiada warga negara Singapura berada di
00:55atas kedua-dua kapal tersebut.
00:58MPA berkata pihaknya sedang berhubung rapat dengan syarikat pengurusan kapal serta memantau perkembangan situasi itu.
01:04Pihak berkuasa itu turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan berterusan ke atas perkapalan komersial di Selahormus.
01:11Menurut MPA sebarang tindakan yang menjejaskan perkapalan antarabangsa perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak boleh membahayakan keselamatan pelaut serta
01:20kapal di laut.

Recommended