Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Khamis bersetuju untuk mempercepat pelepasan baki kira-kira 100 juta tong stok minyak kecemasan, termasuk lebih 20 juta tong diesel, secepat mungkin berikutan pasaran tenaga global yang terus berdepan kekangan bekalan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Negara anggota agensi tenaga antarabangsa IEE bersetuju untuk mempercepat lepasan baki kira-kira 100 juta tong stok minyak kecemasan.
00:09Ia termasuk lebih 20 juta tong diesel secepat mungkin berikutan pasaran tenaga global yang terus berdepan kekangan bekalan.
00:17Lembaga pengelola agensi itu berkata penilaian terbaharunya menunjukkan pasaran minyak terus mengalami kekangan bekalan, khususnya diesel.
00:28Kira-kira 330 juta tong minyak dilepaskan di bawah tindakan bersama yang dilancarkan pada Mac sebagai tindak balas terhadap krisis
00:36di Selat Hormuz.
00:38Jumlah pelepasan keseluruhan akan melebihi komitmen asal sebanyak 400 juta tong.
00:44Menurut lembaga itu, ia memandangkan beberapa negara anggota melepaskan jumlah yang lebih besar daripada yang dijanjikan pada awalnya, manakala negara
00:53lain turut berhasrat berbuat demikian.
00:56Negara anggota bersetuju mengambil segala langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan pelepasan baki stok minyak dengan segera, selaras dengan keadaan masing
01:04-masing, dengan menyediakan pelan khusus untuk mempercepat proses itu.
01:08Lembaga itu turut menggalakkan negara anggota yang mempunyai kapasiti pengeluaran minyak dan penapisan supaya meningkatkan bekalan minyak mentah serta produk
01:18petrolium bertapis khususnya diesel selain menegaskan kepentingan kelancaran aliran perdagangan tenaga secara bebas.
01:24Sambil menegaskan semula komitmen terhadap keselamatan tenaga antarabangsa, negara anggota juga menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani cabaran
01:35pasaran tenaga global berlandaskan kenyataan Q7 G7 pada 2 Oktober.
01:40Sekretariat IEA akan memantau perkembangan pelaksanaan langkah itu dan memalumkan kepada pemimpin G7 serta lembaga pengelola mengenai tindakan lanjut yang
01:50diperlukan berdasarkan penilaian terkini pasaran minyak.

Recommended