Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Singapura akan mengeluarkan notis langkah pencegahan di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) kepada tujuh syarikat di Indonesia yang disyaki terbabit dalam kebakaran hutan sehingga memburukkan keadaan jerebu, kata Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Grace Fu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Singapura akan mengeluarkan notis selangkah pencegahan di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan THPA kepada tujuh syarikat di Indonesia yang
00:08disyaki terbabit dalam kebakaran hutan sehingga memburukkan keadaan jerebu.
00:13Perkara itu dimaklumkan Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Republik itu, Grace Fu. Beliau berkata notis itu akan dikeluarkan Agensi Alam
00:21Sekitar Kebangsaan, NEA.
00:25Langkah itu susulan siasatan berterusan terhadap syarikat yang didapati bertanggungjawab menyebabkan jerebu rentas sempadan di Singapura.
00:33Kata Grace, siasatan pihaknya setakat ini menunjukkan sebahagian daripada jerebu yang dialami di Singapura berpunca daripada kebakaran di kawasan tanah
00:42milik tujuh syarikat di Indonesia.
00:45Tambahnya lagi sekiranya wajar, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut di bawah THPA berdasarkan maklumat dan bukti yang ada.
00:52Menurut Grace, notis itu menghendaki syarikat berkenaan mengatur gerak anggota pemadam kebakaran untuk memadam kebakaran di tanah yang dimiliki atau
01:01diduduki mereka serta mencegah kebakaran daripada merebak.
01:04Syarikat terbabit juga dikehendaki menghentikan atau tidak memulakan sebarang aktiviti pembakaran serta mengemukakan pelantidakan kepada NEA yang menggariskan langkah untuk
01:16memadam kebakaran di tanah mereka dan mencegah kejadian berulang.
01:19Sementara itu, Grace berkata keadaan jerebu di Singapura dijangka berterusan untuk beberapa ketika dengan kualiti udara kekal berubah-ubah termasuk
01:29kemungkinan mencapai tahap berbahaya.
01:31Dalam perkembangan berkaitan, beliau menambah pengagihan pelitup muka N95 kepada rakyat Singapura yang rentan menerusi 37 mesin layar diri akan
01:41dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Republik itu pada Jumat malam.
01:45Mengenai bekalan pelitup muka, beliau memberi jaminan stok mencukupi tersedia di gudang peruncit dan dalam simpanan kerajaan.

Recommended