00:00Astrobeast memperkenalkan tiga saluran televisyen eksklusif baharu serta penyelesaian teknologi IPS bagi meningkatkan pengalaman tetamu hotel di Malaysia.
00:10Tiga saluran berkenaan iaitu IQIQI, UpandaTV dan MangoTV diperkenalkan khusus bagi memenuhi permintaan pelancong dari China yang semakin meningkat.
00:22Ketua bahagian perniagaan Astro Tan Siang Tuang berkata penawaran saluran baru itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat memperluas pilihan hiburan
00:31yang bersesuaian dengan keperluan tetamu hotel.
01:05Dalam masa sama, Astrobeast turut melancarkan penyelesaian teknologi IPS bagi memudahkan pemasangan dan pengurusan peralatan penyiaran di hotel.
01:16Menurut Siang Tuang, sistem itu membolehkan pengusaha hotel mengurus penyampaian kandungan dengan lebih mudah selain menyediakan pemantauan dan kawalan secara
01:25proaktif.
01:27Penawaran baru itu merupakan sebahagian daripada usaha Astrobeast memperkukuh perkhidmatannya kepada sektor hospitaliti selepas tiga dekad menjalin kerjasama dengan industri
01:36berkenaan.