00:00Malaysia akan meneliti semula bentuk dan skop bantuan yang ditawarkan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan.
00:07Susulan laporan kebakaran yang semakin meluas dan menyumbang kepada jerubu rentas sempadan.
00:12Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fazul berkata, perbincangan susulan akan diadakan dengan mengambil kira.
00:18Keperluan sebenar di lapangan bagi memastikan bantuan dan aset yang ditawarkan Malaysia dapat mencapai matlamatnya.
00:27Yang mahu berhormat, Perdana Menteri ada mengaklumkan bahawa pihak Indonesia telah ada perkembangan dalam hal itu.
00:36Namun ada beberapa aspek penyelarasan yang perlu disusuli.
00:44Isunya api telah mara dengan agak meluas.
00:48Jadi apa-apa bentuk bantuan dan aset yang kami telah offer yang ditawarkan sejak mungkin sebulan yang lalu
00:58sekarang mungkin perlu dinilai semula untuk pastikan bantuan itu benar-benar mencapai maksud.
01:06Jadi perbincangan susulan akan dibuat.
01:10Namun setakat ini belum ada maklumat terperinci ataupun khusus mengenai apa aset yang akan dihantar.
01:18Jadi kita perbincangan itu masih berjalan.
01:22Beliau berkata demikian pada silam media pasca kabinet di Putrajaya pada Jumaat.
01:27Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Jumaat Menteri itu dimaklumkan mengenai keadaan cuaca kering di Kalimantan, Indonesia
01:37yang menyaksikan ketiadaan hujan selama lebih 100 hari menjadi antara faktor yang burukkan risiko kebakaran.
01:46Porter Indonesia melaporkan langit di Kalimantan Tengah bertukar jingga.
01:50Susulan kebakaran hutan terus merebak dan menyelubungi kawasan berkenaan dengan asap tebal.
01:56Tahap pencemaran udara turut meningkat dengan bacaan indeks pencemar udara negara itu melepasi 1,200 iaitu lebih 4 kali ganda
02:06daripada paras 300 yang dikategorikan sebagai berbahaya.