Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata kenaikan itu bagaimanapun bukan penyelesaian muktamad kepada kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Sarawak menghargai keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan pemberian khas interim kepada negeri ini daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
00:11Bagaimanapun, timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Undang-Undang ME63 dan Hubungan Negeri Persekutuan,
00:17Datuk Syarifah Hasidah Said Aman Ghazali berkata,
00:20ia bukan satu penyelesaian muktamad, sebaliknya menegaskan akan terus menuntut supaya satu formula khas yang jelas dan konsisten diwujudkan bawah
00:31perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan.
00:35Kerajaan Sarawak menghargai peningkatan tersebut.
00:39Walaubagaimanapun, jumlah RM1.5 bilion itu masih merupakan bayaran interim
00:49dan bukannya penyelesaian muktamad kepada kajian semula pemberian khas di bawah perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan.
01:01Bagi penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya satu formula yang jelas dan konsisten diwujudkan bagi menentukan kadar
01:14pemberian khas.
01:15Cadangan formula tersebut masih dalam perbincangan di antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dan setakat ini belum ada formula muktamad
01:27yang dipersetujui.
01:29Beliau menjawab soalan Royston Valentine GPS Telian mengenai status terkini tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 sesudah pemberian khas interim.
01:42Pada 16 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan bayaran interim daripada RM600 juta kepada RM1.5
01:51bilion kepada Sarawak.

Recommended