• 6 weeks ago
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Jumaat (16 Oktober) memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan secara dalam talian itu turut meneliti status semasa bacaan IPU serta potensi kesannya terhadap penganjuran perlawanan sekiranya kualiti udara di kawasan terlibat terus merosot.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Liga Bola Sepak Malaysia MFL mengadakan mesyuarat bersama klub-klub Liga Malaysia bagi membincangkan langkah berjaga-jaga dan pemantauan bacaan
00:09Indeks Pencema Udara IPU, Susulan Perkembangan Situasi Jerebu.
00:13Langkah itu demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak sepanjang saingan Liga Malaysia 2026-2027.
00:24MFL dalam kenyataan pada Jumat memaklumkan mesyuarat secara dalam talian itu turut meneliti status semasa bacaan IPU serta potensi kesannya
00:33terhadap penganjuran perlawanan jika kualiti udara di kawasan terlibat merusut.
00:38Menurut kenyataan itu, taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL Mohamad Shazli Sheikh Mohamad bertujuan memastikan semua klub sentiasa mengikuti perkembangan
00:49situasi jerebu dan memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing khususnya menjelang hari perlawanan.
00:56Pendekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak terlibat.
01:02Antara langkah yang ditekankan termasuk menggalakkan pelaksanaan cooling break, pemakaian pelitup muka serta penyediaan kemudahan perubatan dan logistik yang bersesuaian
01:13di venue perlawanan.
01:15MFL turut menggalakkan semua klub menyalurkan maklumat dan saranan berkaitan langkah berjaga-jaga kepada penyokong masing-masing berdasarkan keadaan semasa.
01:26Terima kasih kerana menonton!

Recommended