00:00Saham Indonesia merosot lebih 11% pada Jumaat dan mata wang rupiah menyusut nilai dengan mendadak.
00:07Penyedia indeks MSCI menyatakan pasaran saham Jakarta tidak lagi layak untuk memegang status pasaran pesat membangun
00:16yang merupakan satu tamparan hebat kepada ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.
00:23Dalam satu langkah yang mengejutkan, MSCI telah meletakkan Indonesia ke arah status berasingan atau stand-alone status
00:30iaitu satu keadaan yang lebih buruk daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini.
00:36MSCI juga melanjutkan tempoh semakan pasaran berkenaan selama 7 bulan sehingga Jun 2027.
00:43Indeks tersebut kini telah kerugian hampir 40% pada tahun ini menjadikannya pasaran saham dengan prestasi paling buruk di rantau
00:51ini.
00:51Saham Jakarta menjunam 10% ke paras terendah dalam tempoh 6 tahun pada awal sesi dagangan
00:58manakala rupiah merosot 0.6% kepada 18,000 bagi setiap dolar Amerika iaitu paras terlemah sejak Ogos.
01:08Equity Indonesia mengalami kesukaran sejak Januari lalu apabila MSCI membekukan kedudukan Indonesia
01:13dalam indeks-indeks miliknya dan mengancam untuk menurunkan taraf negara itu kepada status pasaran sempadan
01:21atau frontier status disebabkan oleh ketidakjelasan dalam pemilikan serta tingkah laku dagangan.
01:28MSCI menyatakan reformasi menangani masalah-masalah itu masih belum menunjukkan kemajuan mencukupi.
01:35Malah penurun tarafan kepada status pasaran sempadan sekalipun tidak akan dapat mencerminkan tahap serisnya isu yang dihadapi.