00:00Selangor merekodkan jumlah kes jenayah indeks tertinggi melibatkan pelarian Myanmar dengan 58 kes dari 2022 hingga Ogos lalu.
00:09Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan sebanyak 199 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan berdasarkan statistik polis diraja Malaysia.
00:20Daripada jumlah itu, 52 kes direkodkan pada 2022, diikuti 43 kes pada 2023, 37 kes pada 2024, 29 kes pada
00:302025 dan 38 kes setakat Ogos tahun ini.
00:33Selepas Selangor, Kedah mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 26 kes, diikuti Johor 24 kes dan Kuala Lumpur 22 kes.
00:41KDN menjelaskan pengurusan pelarian dan pemohon suaka dilaksanakan melalui arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 bagi memastikan keselamatan negara terpelihara.
00:51Kawalan dan pemantauan turut diperkukuh menerusi program dokumen pendaftaran pelarian yang bermula pada 1 Januari lalu.
00:57Bagi fasa pertama, sebanyak 4,010 tahanan di depo tahanan imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia sudah didaftarkan,
01:04melibatkan 4,008 warga Myanmar serta masing-masing seorang warga Sudan dan Syria.
01:08Individu dewasa akan dipindahkan secara berperingkat ke pusat pengasingan khas pelarian dan pemohon suaka di Bido Perak yang punya kapasiti
01:16operasi 400 orang.