Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Duta Israel ke PBB memberi amaran kepada Iran, Hezbollah dan kumpulan ekstremis lain supaya tidak mengganggu proses pilihan raya, sambil menggesa tindakan antarabangsa terhadap ancaman keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Danny Dannon memberi amaran kepada Iran, Hezbombah dan kumpulan ekstremis lain supaya
00:08tidak cuba mengganggu pilihan raya Israel.
00:11Beliau menegaskan sebarang cubaan mengancam atau menyerang Israel, kononnya akan membawa akibat yang dasyat.
00:19Ketika berucap di PBB pada Khamis, Dannon berkata, Israel menerima laporan bahawa kumpulan berkenaan mungkin mengambil kesempatan daripada tempoh menjelang
00:27pilihan raya dalam masa 12 hari,
00:28termasuk menerusi latihan peluru berpandu, serangan cyber dan penyebaran maklumat palsu.
00:33Dannon turut mengkritik keputusan pihak berkuasa Palestine yang sekali lagi menangguhkan pilihan raya.
00:38Beliau mendakwa penangguhan itu berpunca daripada kebimbangan bahawa Hamas akan memenangi pilihan raya seperti yang berlaku di Gaza pada 2006.
00:45Dalam ucapannya, Dannon turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan terhadap kumpulan ekstremis dan menegaskan keperluan Hamas melucetkan senjata.
00:53Beliau memberi amaran bahawa Israel mencapai kemajuan tidak akan berhasil sekiranya keengganan Hamas untuk melucetkan senjata terus diabaikan.

Recommended