00:00Sebanyak 44 biji telur penyua belimbing daripada sarang pertama yang direkodkan di pantai Pasir Putih Marang pada 1 September lalu
00:08didapati tidak tersenyawa.
00:10Ketua Pengarah Perikanan Dato' Adnan Hussein berkata, pemeriksaan pada hari ke-30 tempoh pengeraman mendapati telur-telur itu tidak menunjukkan
00:18sebarang bukti perkembangan embryo.
00:22Menurut Adnan, permukaan cengkerang tidak mempunyai tongpok putih yang lazimnya dikaitkan dengan perkembangan awal embryo.
00:29Ujian suluhan cahaya juga tidak menunjukkan perbetukan rangkaian saluran darah atau bayangan struktur embryo.
00:35Pemeriksaan teruk mengesan perubahan warna telur kepada kehitaman dan kekuningan selain kehadiran mikroorganisma serta belatung yang menunjukkan proses pereputan.
00:44Secara keseluruhan, lima pendaratan penyua belimbing direkodkan di pesisir pantai Terengganu sejak 1 September melibatkan 313 biji telur.
00:52Adnan berkata, pendaratan penyua belimbing pada 2010 dan 2017 juga tidak menghasilkan anak penyua kerana telurnya gagal menetas.
01:00Rekod terakhir penetasan berjaya di Rantau Abang ialah pada 2,000 apabila hanya 115 daripada 1,914 biji telur atau
01:08kira-kira 6% berjaya menetas.
01:11Sebagai perbandingan, penyua agar yang banyak mendarat di pantai timur mempunyai kadar penetasan antara 70% hingga 75%.
01:18Terima kasih kerana menonton!