Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Radar Korporat membawakan perkembangan terkini dunia korporat dan perniagaan, termasuk langkah strategik syarikat, pengumuman penting, kerjasama industri, pelaburan serta trend yang membentuk landskap perniagaan semasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik kita teruskan dengan perkembangan seterusnya daripada langkah strategik syarikat hingga perkembangan perniagaan yang memberi kesan kepada industri, pelbagai pengumuman
00:07penting terus mencuri perhatian hari ini.
00:10Ini Radar Koprat membawakan kepada anda perkembangan pantas dunia Koprat dan perniagaan yang perlu anda tahu.
00:17Selkom DG Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya Selkom DG Telecommunications dan Berhad menerima penganugerahan spektrum bernilai 381.75 juta
00:27ringgit daripada Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC bagi memperkukuh rangkaian mudah alihnya di seluruh negara.
00:35Penganugerahan itu melibatkan spektrum 2x20 MHz dalam jalur 2600 MHz untuk tempoh 4 tahun serta 2x5 MHz dalam jalur 900
00:45MHz bagi tempoh 5 tahun.
00:48Syarikat telah menerima notifikasi penganugerahan tersebut pada 2 Oktober lalu dan membuat bayaran penuh pada 15 Oktober.
00:55Spektrum tambahan itu akan memperkukuh portfolio frekuensi Selkom DG, merentasi jalur tinggi, sederhana dan rendah sekaligus meningkatkan kapasiti rangkaian, kualiti
01:05perkhidmatan serta kecekapan kos operasi.
01:08Penganugerahan tersebut dibayai menerusi dana dalaman dan kemudahan pembiayaan sedia ada namun masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia serta pematuhan
01:17semua syarat yang ditetapkan.
01:21Dua farma biotek berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya dua farma sedia berhad memperoleh hak eksklusif untuk mengidar vaksin penyakit
01:29tangan, kaki dan mulut HFMD,
01:31keluaran anemun korp dari Taiwan di Malaysia, Singapura dan Brunei, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawal selia.
01:38Perjanjian itu turut memberikan hak eksklusif kepada dua farma untuk mengiklankan, memasarkan, menjual serta mendapatkan kelulusan pemasaran bagi vaksin NVAX
01:49A71 di ketiga-tiga negara berkenaan.
01:52Dua farma juga bertanggungjawab menguruskan proses kelulusan kawal selia sebelum vaksin itu boleh dipasarkan.
01:58Vaksin NVAX A71 menyasarkan enterovirus A71 atau EV71 iaitu strain yang dikaitkan dengan komplikasi neurologi serius dan kematian dalam kalangan
02:10kanak-kanak.
02:11Ketika ini tiada vaksin HFMD yang diluluskan untuk digunakan di Malaysia.
02:16Kerjasama itu dilihat menyokong usaha memperluaskan portfolio vaksin dan produk biologi syarikat selain membantu memenuhi keperluan penjagaan kesihatan pencegahan memandangkan
02:25HFMD kekal sebagai antara penyakit berjangkit
02:28yang sering mencetuskan wabak dalam kalangan kanak-kanak di rantau ini.
02:33Micron Steel Berhad menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difalkan bagi mencabar keputusan kerajaan memasukkan duti anti-lambakan ke atas
02:42produk kelulus gegelung canai sejuk tertentu
02:44yang diimport dari Korea Selatan dan Vietnam.
02:48Syarikat itu berkata keputusan berkenaan dibuat selepas perbincangan yang konstruktif berkaitan isu tersebut serta mengambil kira kepentingan terbaik kumpulan.
02:56Penarikan balik permohonan itu juga tidak berpunca daripada sebarang keputusan mahkamah terhadap merit kes berkenaan.
03:04Menurut Micron, mahkamah tinggi telah menerima permohonannya untuk menghentikan proseding pada 21 September lalu
03:10manakala semua dokumentasi rasmi mahkamah diselesaikan pada 6 Oktober.
03:14Syarikat itu meragaskan komitmennya untuk terus melindungi kepentingan komersialnya
03:19serta mengkalkan kerjasama konstruktif dengan pihak berkuasa berkaitan
03:22dalam perkara yang memberi kesan kepada industri keluli tempatan.

Recommended