00:00Ahli politik pembangkang Israel Gadi Ezenkot menjadi pencabar utama Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam pilihan raya akan datang berikrar untuk
00:09menewaskan Hamas di Gaza sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri selepas pengundian pada 27 Oktober ini.
00:16Pemimpin parti Yashar berhaluan kanan tengah itu berkata beliau melihat beberapa pendekatan dalam memastikan matlamat berkenaan dicapai.
00:26Antaranya kata beliau melalui pelaksanaan pelan gencatan senjata Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang memperuntukkan pelucutan senjata
00:35Hamas secara berperingkat dan pealihan kuasa atau melalui operasi kreatif oleh Tentera Israel bertujuan memusnahkan sayap ketenteraan gerakan Palestine itu.
00:44Ikrah kempen itu antara janji paling tegas setakat ini daripada Ezenkot yang juga bekas ketua Tentera Israel.
00:50Pilihan raya yang sengit itu merupakan pilihan raya pertama sejak serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan
00:59lebih 1,200 orang.
01:00Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza yang setakat ini mengorbankan lebih 74,300 orang.
01:09Ezenkot menuduh Netanyahu melakukan kegalahan strategik di Gaza dengan berkata,
01:14Selepas tiga tahun perang, Hamas masih berkuasa mempunyai senjata terus aktif dari segi ketenteraan.
01:21Seperti ahli politik pembangkang lain, Ezenkot kerap menuduh Netanyahu memikul tanggungjawab pribadi atas serangan 7 Oktober khususnya kerana mengabaikan amaran
01:30daripada Perkhidmatan Keselamatan Israel dan Emiriyah Arab Bersatu UAE.
01:34Netanyahu menolak segera kerasnya tuduhan itu dan menegaskan bahawa pegawai keselamatan tidak mengejutkannya pada pagi serangan berkenaan.
01:42Tinjauan pendapat semasa menunjukkan bahawa sama ada blok Netanyahu atau blok pimpinan Ezenkot,
01:48kedua-duanya tidak berada pada kedudukan untuk memperolehi 61 kerusi diperlukan bagi menguasai parlimen yang mempunyai 120 kerusi itu dan
01:56membentuk kerajaan campuran.