00:00Yuran permohonan pengesahan status perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS dikurangkan 50% daripada RM100 kepada RM50 bermula 16 Oktober.
00:10Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Muhammad Alamin berkata,
00:14langkah itu bertujuan memberikan kelegaan kepada usahawan untuk mendapatkan pengesahan status PMKS.
00:23Dan seperti yang saya umumkan bahawa kita akan lanjutkan bermula besok di mana Yuran permohonan pengesahan status PMKS ini
00:32kita akan kurangkan daripada RM100 kepada RM50 saja, 50% diskaun untuk memberikan kelegaan kepada PMK Cita
00:40mendapatkan bantuan-bantuan daripada SME Corp untuk khususnya tentang pengesahan status PMKS itu.
00:51Pengesahan status PMKS yang dikeluarkan SME Corp Malaysia penting bagi membolehkan perusahaan yang memenuhi kriteria mendapat akses lebih luas
01:00kepada program pembangunan, bantuan, pembiayaan dan insentif keusahawanan.
01:06Sejak diperkenalkan pada 2020, seramai 61,235 PMKS telah memperoleh pengesahan status berkenaan.
01:16Selain itu, sebanyak 1,204 PMKS menerima manfaat daripada program sokongan industri dan perniagaan SINAR
01:24yang dilaksanakan SME Corp Malaysia setakat 30 September.
01:29Program yang diumumkan pada Jun itu menyediakan akses kepada pembiayaan dan sokongan perniagaan tambahan bagi membantu PMKS.