00:00Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan mekanism ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan dengan Indonesia secara berperingkat dengan
00:09mengutamakan kepentingan serta kesihatan rakyat tanpa menjejaskan hubungan dua hala.
00:14Menurut Menteri Luar Negeri, Dato' Sri Muhammad Hassan, perbincangan secara langsung antara pemimpin serta penggunaan saluran serantau menjadi pendekatan utama
00:23dalam menangani isu sensitif membabitkan negara jiran berbanding tindakan penguatkuasaan undang-undang atau perhantaran nota diplomatik.
00:31Muhammad memaklumkan Malaysia juga bersedia membantu Indonesia menangani kebakaran yang menjadi punca jerebu namun usaha itu berdepan pelbagai kekangan terutama
00:41dari segi akses ke lokasi kebakaran di kawasan perdalaman Kalimantan.
00:45Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata Malaysia akan mengemukakan dokumen tidak rasmi atau non-paper pada mesyuarat peringkat pegawai kanan dan
00:54Menteri Luar ASEAN akan datang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh mekanism serantau bagi menangani jerebu rentas sempadan.